Permohonan masuk ke PAPN Ranau
- Cara-cara memohon:-
- Muat turun Borang permohonan
- Isi borang tersebut selengkapnya dengan maklumat yang benar sahaja
- Sertakan salinan berikut:-
- MyKid / surat beranak Anak
- MyKad kedua Ibu dan Bapa atau Penjaga
- Salinan Slip Gaji atau Penyata Kewangan yang telah disahkan
- Salinan Rekod Kesihatan Anak yang terbaru
- Sekiranya bekerja sendiri, tuan/puan perlu membuat surat pengesahan untuk mengesahkan status pekerjaan dan pendapatan tuan/puan. Surat ini perlu disahkan oleh mana-mana Penjawat Awam dari Kumpulan Pentadbiran Gred A dan ke atas (Gred 41 ke atas)/penghulu mukim/ketua kampung.
- Permohonan yang didapati memberikan maklumat palsu akan ditamatkan dari menyertai Program PERMATA dengan notis.

**Borang permohonan boleh dihantar kepada pihak PAPN Ranau.
Syarat-syarat pemilihan Anak PERMATA Negara
- Bagi kawasan luar bandar, jumlah pendapatan isi rumah (suami dan isteri) adalah tidak melebihi RM1,500.00.
- Bagi kawasan pinggir bandar dan dalam bandar, pendapatan isi rumah adalah tidak melebihi RM 2,500.00.
- Bagi Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Putrajaya dan Presint 16, keutamaan diberikan kepada pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan sokongan 3 seperti berikut:
- Pemandu
- Pembantu Am Rendah
- Pengawal Keselamatan
- Pasangan yang tidak bekerja
- Keutamaan juga diberikan kepada ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), pemohon yang mempunyai masalah keluarga (contoh: masalah penceraian, digantung tidak bertali dll.).
Keputusan Permohonan Kemasukan Anak ke PAPN
- Surat Tawaran untuk mengikuti Program PERMATA Negara akan dihantar kepada ibu bapa yang berjaya sekurang-kurangnya sebulan selepas pemilihan anak.
Penamatan Anak dari Program PERMATA Negara
- Penamatan anak dari Program PERMATA Negara akan dibuat sekiranya berlaku sebarang penipuan dalam permohonan kemasukan Anak ke PAPN.
- Notis penamatan satu (1) bulan akan diberikan kepada ibu bapa dan sebarang alasan/rayuan tidak akan dilayan.
No comments:
Post a Comment